Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Ampunkanlah – Adeep Nahar, B-Heart & Ibnu The Jenggot

Lirik Lagu Ampunkanlah – Adeep Nahar, B-Heart & Ibnu The Jenggot

Lirik Lagu Ampunkanlah - Adeep Nahar, B-Heart & Ibnu The Jenggot 1Lirik Lagu Ampunkanlah merupakan single terbaru yang dipersembahkan oleh artis-artis kita, Adeep Nahar, B-Heart and Ibnu The Jenggot. Lagu ini dikomposi oleh Malique dan Tripdisz manakala, lirik diiringi oleh B-Heart, Bilal, Ibnu The Jenggot dan Malique. Sony Music MY telah mengedari lagu “Ampunkanlah” di platform Youtube. Harap kalian menikmati lirik lagu “Ampunkanlah”.

Lirik Lagu Ampunkanlah –   Adeep Nahar, B-Heart & Ibnu The Jenggot

 

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

 

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

 

Pintu telah terbuka 
Tepat di depan muka
Namun kaki masih ragu
Kembali ke semula
Hidup penuh tawa dan tangis
Suka dan duka

 

Rindu akan senyuman
Rindu akan pelukan
Pada Tuhan ku memohon
Pada Tuhan ku bersujud
Namun jiwa penuh futur
Kesalahan tak luput
Sering kali tergoda
Hati pun penuh noda
Menangis dalam doa
Tiap kali buat dosa

 

Harta lebih diberi pun
Tak balas memberi
Tak sanggup membayar tunai
Namun tetap membeli
Banyak minum air
Namun tetap haus jabatan
Halalkan segala cara
Tak menambah pendapatan

 

Takut akan azab 
Hanya saat aku mendengar
Ayat dibunyikan
Jantung ini pun berdebar
Namun jalanku tak mudah
Sekejap ku terlupa
Lewat semak belukar
Penuh duri ku terluka

 

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

 

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

 

Setiap ungkapan
Setiap perkataan yang dipesan
Dengan rela hati tunduk
Mancari keampunan kempunan
Nilai maksud-maksud kedamaian
Sejurus rakus mula berselisih fahaman
Ingatan…barankali perlukan pertolongan
Menghulur tangan saat
Tenggelam berpimpin tangan
Dan usah diri ini beranggap selamanya muda
Esok lusa tentu tiada
Peluang kedua

 

Dan iya diuji hadap hipokrasi
Niat saksi
Sisi setia pada jati
Keegoan kian menambah
Jadi aura negatif di positifkan
Biar bercambah

 

Dan jika roh bangun
Sebelum jasadku bangkit
Ketika itu mengharap keampunanmu
Ku cekal dan redha 
Terima luka dan sakit
Hidup di bawah naunganmu

 

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

 

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah

 

Singkat kata kita semua
Makluk yang merugi
Hati mudah depresi
Lemah ketika diuji
Senang ketika dipuji
Lalai meski ditegur
Menangis menyesal bila
Sudah di dalam kubur

 

Dan enggan kembali tanpa amalan
Jadi tiap perbuatan merisik kemaafan
Menadah tangan ya ghaffar maha pengampun
Ampunkanlah sedetik
Sebelum seruan himpun

 

Ampunkan setiap langkah kakiku
Ampunkan setiap kata hatiku
Ampunkan setiap ucap lisanku
Ampunkan…
Ampunkan…

 

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

 

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan

 

Ampunkanlah
Semua dosa-dosa
Aku manusia yang penuh kesilapan

 

Jauhkanlah
Dari noda-noda
Aku hanya insan mencari ketenangan
Ampunkanlah…

 

Video Klip Lirik Lagu “Ampunkanlah”

Adeep Nahar, B-Heart, Ibnu The Jenggot - Ampunkanlah (Lirik Video)
%d bloggers like this: