Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Angan – Ben Ladin & Shiha Zikir

Lirik Lagu Angan – Ben Ladin & Shiha Zikir

Lirik Lagu Angan - Ben Ladin Bacalah selengkapnya “Lirik Lagu Angan” yang menjadi tumpuan ramai di laman YouTube khas disuarai oleh Ben Ladin bersama Shiha Zikir. Muziknya telah diiring oleh Ben Ladin, Malique serta Tripdisz.

Lirik Lagu Angan – Ben Ladin, Malique & Shiha Zikir

Dia kecanduan
Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru


Angan hidupnya di kayangan

Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi


Merentas garis masa

Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi


Asalnya bukan dari dewata

Biarpun acapkali di langit biru
Berhias emas serta permata
Kilauannya membuta dia keliru


Memperdaya geri berseni, helahnya bersemi

Terselindung sepi balik wadah yang berseri
Sempurna pekerti, setiap persegi
Maka ramai ertikannya pemberi rezeki


Punya busana, arwana, istana, semesta

Semalam sengketa, orkestra, berpesta
Dikenali dari kota hingga desa
Mahkotanya palsu namun kendali selesa


Dia kecanduan

Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru


Angan hidupnya di kayangan

Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi


Merentas garis masa

Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi


Dipecah sunyi, legarnya riuh

Lirik terbukti ada dalam video
Personaliti, kerabat pharoah
Pasak teliti kerat manifesto


Simpati, empati, dimati dalam hati

Simpanan teman mati ditempatkan di peranti
Hanya mampu perhati, dinasti makhluk sakti
Meneruskan beraksi dan menakluk bimasakti


Angan bersanding dalam khayalan

Berdampingkan perawan
Hidup jadi pujaan
Dia kecanduan


Dia kecanduan

Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru


Angan hidupnya di kayangan

Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi


Dia kepala, yang sekutu dan sekufu bersepupu

Kenyang hingga cucu punya cucu (cucu)
Tak setuju dan sebulu dia meluru dan melutu
Tak senanglah cucu punya cucu (cucu)


Diam sedar, di benak gusar

Apa yang dilamun sejenak kian pudar
Masa dikejar, tak dapat putar
Lain nama watak sama tak bertukar


Asalnya bukan dari dewata

Biarpun acapkali di langit biru
Berhias emas serta permata
Kilauannya membuta dia keliru


Dia kecanduan

Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru


Angan hidupnya di kayangan

Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi


Merentas garis masa

Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi

Tontonilah Video Lirik Lagu Angan

Nama LaguAngan
PenyanyiBen Ladin & Shiha Zikir
KomposerBen Ladin, Malique & Tripdisz
Penulis LirikMalique & Muhaimin
HakciptaBen Ladin