Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Belai – Bunga (FEAT) Amysar Leee

Lirik Lagu Belai – Bunga (FEAT) Amysar Leee

Lirik Lagu Belai - Bunga X Amysar LeeJom layan “Lirik Lagu Belai” yang diviralkan oleh Bunga bersama Amysar Leee. Muzik serta lirik telah dihasilkan oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King dan Bunga di bawah label muzik, Warner Music Malaysia.

Lirik Lagu Belai – Bunga (FEAT) Amysar Leee (Official Music Video)

Di mana bumi dipijak
Di situlah langit dijungjung

Akal budi hati jinak
Agar hilang adat gajah terdorong


Yang jauh kita dekatkan

Yang dekat kita rapatkan
Oh na na begitulah aur dan tebingnya


Ada beras, taruh dalam padi

Biduk serempu pula


Ikan kekek mak iloi iloi

Mulut tak terkata hati bersiul madah sayang
Ikan gelama mak ilai ilai
Jiwa kan rindu siapa akan belai?


Timur barat utara selatan

Banyak budaya asal tempatan
Ke mana pun ku pergi di mana ku berdiri
Kan ku tetap bawa resmi padi jauh mana ku berlari


Dan
takkan jadi lupa daratan

Yang hilang adat di tengah jalanan
Yang keruh kita lupakan
Yang jernih kita ambilkan


Ada beras, taruh dalam padi

Biduk serempu pula


Ikan kekek mak iloi iloi

Mulut tak terkata hati bersiul madah sayang
Ikan gelama mak ilai ilai
Jiwa kan rindu siapa akan belai?


Ikan kekek mak iloi iloi

Cinta harus berterus terang takut makin hilang
Ikan gelama mak ilai ilai
Ikut mat jenin besok di tangkap orang


Luahkan kata irama

Bagai melodi lama
Jika kau cinta kata saja
Tak perlu kau tunggu lama-lama


Ikan kekek mak iloi iloi

Mulut tak terkata hati bersiul madah sayang
Ikan gelama mak ilai ilai
Jiwa kan rindu siapa akan belai?


Ikan kekek mak iloi iloi

Cinta harus berterus terang takut makin hilang
Ikan gelama mak ilai ilai
Ikut mat jenin besok di tangkap orang


Ikan gelama mak ilai ilai

Ikut mat jenin besok di tangkap orang

Layari Muzik Video “Belai”

LaguBelai
Nama Artis
Bunga & Amysar Leee
Muzik & LirikMas Dewangga, Jova Devito, Aden King & Bunga
PenerbitMas Dewangga & Jova Devito
Label Muzik
Warner Music Malaysia

You cannot copy content of this page