Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Ceria Aidilfitri – Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

Lirik Lagu Ceria Aidilfitri – Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

Lirik Lagu Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & DarmasFaizal Tahir mempersembahkan LIRIK LAGU CERIA AIDILFITRI bersama rakan-rakannya, Zizi Kirana serta Darmas sempena menjelang Hari Raya dengan terbitan John Jeevasingham dan juga Faizal Tahir. Muzik videonya telah dikarah oleh Ashrafiqal Aleef.

Lirik Lagu Ceria Aidilfitri – Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

 

Riang bercampur hiba kian terasa
Bila terkenang yang jauh di mata
Ayah dan juga bonda sanak saudara
Teman-teman lama yang ku tinggalkan
Hai menjelang hari raya


Oh sungguh indah kenangan waktu di desa

Suasana riang ria tak kira pagi atau senja
Berdentam dentuman meriam memecah keheningan
Anak kecil keriangan ceria di hari raya


Takbir berkumandang di pagi yang mulia

Gema tahmid memuji kebesarannya
Sebulan berpuasa mendidik jiwa
Kini tiba masa tuk meraikannya
Selamat hari raya


Di hari ini janganlah leka

Usah lupa pada yang tiada
Dan mereka yang memerlukan


Hei kanak-kanak datang berkunjung ke rumah

Berpakaian baju baru warna warni sungguh indah
Dengan wajah yang ceria menyimpan seribu makna
Tidak makan pun tak apa asal dapat duit raya
Hai selamat hari raya
Hai selamat berhari raya


Video Lagu Rasmi Ceria Aidilfitri

“Ceria Aidilfitri” merupakan sebuah lagu riang ria yang dibintangi oleh Faizal Tahir, Zizi Kirana serta Darmas. Selamat Hari Raya semua!!!

Tajuk Lagu Ceria Aidilfitri
Penyanyi Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas
Komposer Faizal Tahir
Lirik Salleh Deril, Faizal Tahir, Karim Karam, Zizi Kirana & John Jeevasingham
Penerbit John Jeevasingham & Faizal Tahir