Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Dalil Cinta – Rabithah Feat Fitri Haris

Lirik Lagu Dalil Cinta – Rabithah Feat Fitri Haris

Lirik Lagu Dalil Cinta - Rabithah Feat Fitri HarisLIRIK LAGU DALIL CINTA merupakan sebuah surat nasihat yang suci dari diri masa lampau kepada diri di masa hadapan. Lagu ini telah disuarai oleh Rabithah Feat Fitri Haris di bawah karyaan Akmal Mustafa dan juga Hasif Sazali. Lihatlah kandungannya di bawah.

Lirik Lagu Dalil Cinta – Rabithah [FEAT] Fitri Haris

 

Ke hadapan diriku
Di hari kemudian
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana


Apakah kau berduka

Hadapi hari itu?
Masihkah ingat dahulu
Duka sama pernah dirasa?


Saat itu kau berjaya mengharungi

Walaupun ribuan luka terhiris
Setelah perjuangan itu kau masih berdiri
Hinggalah ke saat ini


Yakin padaku! Ini dalil cinta Tuhan kepadamu

Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya
Ini agar kau belajar cintai-Nya


Biar tidak terkira

Rungutan batinmu itu
Namun masih tidak terkira
Belas kasih-Nya untukmu


Kadang mudah menuding jari pada yang lain

Agar kau keluar dari bebanan itu
Dan sekali lagi beban itu tak beralih
Hingga menghantuimu lagi


Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia

Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya


Tak salah mengenang kisah silam

Saat jatuh bangunmu dulu
Kadang atur takdir-Nya sukar dibaca
Hingga wujud dirimu jua dalil cinta-Nya


Yakin padaku! Ini dalil cinta tuhan kepadamu

Kerana luar biasa martabatmu
Lihatlah bagaimana bicara-Nya ini
Agar kau belajar cintai-Nya


Yakin padaku! Kau kan lelah mengejar sangkaan manusia

Tak tergapai hasrat setiap mereka
Tapi selangkah kau mengejar cinta-Nya
Seribu langkah kau kan didekati-Nya


Stream Muzik Video Rasmi Dalil Cinta

Artis Rabithah Feat Fitri Haris
Judul Lagu
Dalil Cinta
Lirik Akmal Mustafa & Hasif Sazali
Muzik Akmal Mustafa
Hakcipta Tarbiah Sentap