Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Dia Paling Indah – Eda Naziela

Lirik Lagu Dia Paling Indah – Eda Naziela

Dengarlah “Lirik Lagu Dia Paling Indah” daripada artis Malaysia, Eda Naziela yang terkenal suara lembut bersama karyaan dan hasil komposi muzik tersendiri oleh platform Rusa Music label.

Lirik Lagu Dia Paling Indah - Eda Naziela

Lirik Lagu Dia Paling Indah – Eda Naziela (2021)

 

Sedang apa kau disana bersama siapa
Wajahmu senyum saja
Tiada pun tanda terluka


Jelas tunjuk kau bahagia

Jelas nyata tiada derita
Ya sayang jelas semuanya
Akhirnya kau bersama orang yang kau cinta


Jagalah dia baik-baik

Jangan marah walau sedikit
Jangan biar hatinya terguris
Seperti hatiku yang terhiris


Jangan biar dia terluka

Seperti mana aku derita
Egomu buangkan ia
Kasarmu jangan dilempar sentiasa


Kerana hakikatnya hanya aku yang mampu terima

Namun matamu hanya melihat dia
Mana mampu ku atur rasa
Rasa yang telah engkau cipta


Bagimu dia yang paling indah

Meski dia tak pernah usaha
Seperti mana yang telah ku lakukan semua perkara


Hanya untukmu
Hanya untukmu
Hanya untukmu

Tapi kau masih melihat dia


Jagalah dia baik-baik

Jangan marah walau sedikit
Jangan biar hatinya terguris
Seperti hatiku yang terhiris


Jangan biar dia terluka

Seperti mana aku derita
Egomu buangkan ia
Kasarmu jangan dilempar sentiasa


Bahagialah kamu disana

Ku disini titipkan doa
Moga-moga dia terima
Kau seperti mana ku cintai kau seadanya


Saksikan Muzik Video Dia Paling Indah

Artis Eda Naziela
Judul Lagu
Dia Paling Indah
Lirik Eda Naziela
Muzik Eda Naziela
Label Muzik
Rusa Music