Home » Malay Song Lyrics » LIRIK LAGU GEGAR PKP (2020)

LIRIK LAGU GEGAR PKP (2020)

LIRIK LAGU GEGAR PKP ini merupakan lagu perpaduan Hari Raya daripada Penyampai Gegar, Apak Harry Khalifah dan Apex Akram. Lagu telah dihasilkan oleh Apex Akram. Beliau juga turut mencipta “Lirik Lagu Gegar PKP”. Lagu telah ditayangi di bawah audio label Padu Records. Marilah kita sama-sama dengari Lirik Lagu Gegar PKP sebagai lagu khas sempena perayaan meriah ini. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin.

Lirik Lagu Gegar PKP - Penyampai Gegar, Apak Harry Khalifah & Apex Akram

Lirik Lagu Gegar PKP (2020)

 

Salam aidilfitri
Minal aidilwafaizin
Sebulan sudah ramadan hadir
Kini syawal menjelma hampir

Adik kakak rapat ke sini
Gegar pesan jangan dibenci
Kita masih dalam PKP
Jangan dilupa jaga diri

Ketupat lemang di bawah saji
Baju raya pun tiada seri
Sabarlah saudara saudari
Demi kehidupan yang harmoni

Di perantauan pulang tak kasi
Usah berduka dan bersedih
Di desa sama turut sunyi
Corona mari tak pulang lagi

Salam aidilfitri
Minal aidilwafaizin
Sebulan sudah ramadan hadir
Kini syawal menjelma hampir

Adik kakak rapat ke sini
Gegar pesan jangan dibenci
Kita masih dalam PKP
Jangan dilupa jaga diri

Jauh beza dulu dan kini
Raya disambut kali ini
Tiap peristiwa terjadi
Ada hikmahnya tersendiri

Saling berpesan tanpa henti
Bukan untuk menyinggung hati
Kesempatan di bulan suci
Mohon maaf sepuluh jari

 

Judul Lagu Gegar PKP (2020)
Penyanyi/Artis Penyampai Gegar, Apak Harry Khalifah & Apex Akram
Lirik Apex Akram
Muzik/Lagu Apex Akram
Label Muzik Padu Records