Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Hujan – Altimet Feat Mimifly

Lirik Lagu Hujan – Altimet Feat Mimifly

Lirik Lagu Hujan - Altimet X MimiflyJom dengarkan single terbaru daripada Altimet Feat Mimfly berjudul LIRIK LAGU HUJAN daripada OST Filem Bisikan yang dikomposi oleh Mimifly dan Khairafik Khairudin di bawah siaran label muzik, Seventeen Eleven Music. Hiburlah diri anda dengan “Hujan Lirik” seperti berikut.

Lirik Lagu Hujan – Altimet Feat Mimifly (OST Filem Bisikan)

 

Hujan damaikan aku
Khayalan ku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup
Beban di bahu ini siapa yang tahu
Dari mana datang suara-suara ini
Hujan bisikkan padaku


Berat pikul buah fikiran kelat

Kudrat tinggal dua tiga kerat
Minda medan perang sambil waras ku meniti sendiri di atas benang
Tergelincir takleh terbang
Tergantung pegang kuat
Di bawah ada jurang
Terapung sedetik jerit
Memenuhkan ruang
Lemas tanpa air
Cemas ku beku belum cair
Toleh kiri kanan tiada siapa yang hadir


Pandai cerdik mengherdik

Kau memang mahir
Suara itu batin tak nampak mulut yang zahir
Kadang berbisik kadang bergema
Kadang membelai kadang mencaci cela
Kadang dia senyap memerhati bukan lenyap
Kadang dia masam kadang manis manja sedap
Selalu dia aku menyamar sebagai kamu
Kembar siam yang tak diam aku dengan aku


Hujan damaikan aku

Khayalan ku semakin membawaku jauh
Apa maknanya hidup
Beban di bahu ini siapa yang tahu
Dari mana datang suara-suara ini
Hujan bisikkan padaku
Sekiranya aku musuh ku sendiri
Siapa yang kan selamatkan aku


Kalau hari ni dah khatam besok permainan baru

Kerja gila judikan waras kita baling dadu
Bertekak dalam otak bertarung dalam kalbu
Kita tengok siapa tewas aku atau aku


Kau memang licik tak boleh bagi muka sikit

Mula naik toncet pijak kepala sampai robek
Air muka tenang bawah permukaan bergelut
Tiada lawan mulut perang hujan tak bersebut


Pidato si angkuh aku ni patuh

Lebatnya debatnya aku sekerat je
Menang dan kalah aku tak salah
Tak boleh tabah aku tak gagah


Aku tak sempat rehat kita teruskan sambung

Dua belah dalam satu jasad yang bernaung
Bila akal bertarung personaliti bersabung
Bila mantik tersadung buah fikirannya maung

 

Dalam hujanku bersihkan kekalutan
Ombak datang ombak pergi aku tenang


Hujan damaikan aku
Khayalan ku semakin membawaku jauh


Tontonilah Muzik Video Hujan

Tajuk Lagu
Hujan (OST Filem Bisikan)
ArtisAltimetFeatMimifly
Penulis LirikAltimet & Mimifly
Pengarah MuzikMimifly & Khairafik Khairudin
Label Muzik
Seventeen Eleven Music

You cannot copy content of this page