Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu INFINITI – The Truth (Tarbiah Sentap)

Lirik Lagu INFINITI – The Truth (Tarbiah Sentap)

Lirik Lagu INFINITI - The Truth Tarbiah Sentap kembali menyiarkan single terbaru daripada artis, The Truth yang berjudul “Lirik Lagu INFINITI”. Muzik serta lirik telah diciptakan oleh Akmal Mustafa. Manakala, Adnin Roslan telah menerbit video tersebut bersama beliau. Harap anda suka lirik tersebut di bawah seperti berikut.

Lirik Lagu INFINITI – The Truth (Official Lyrics Video)

Sekian ramai yang ku bertemu berpisah
Di hatiku hanya jejakmu yang tersisa
Ajaib hadirmu sentiasa mengubat resah
Kerana itu aku tahu kau bukanlah biasa


Di sisimu walau berjam lama menjadi terapiku

Hingga pantas terasa tiap milisaat berlalu


Hingga infiniti kelanaku bersamamu

Kerana tautan ini tak kenali penghujung
Pintaku hanya sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga
Wallahi ku sayang padamu


Adakala tampilmu saat rohku menanggung lesu

Walau tanpa bicara, hadirmu memulih imanku
Entah sihir apa yang kau guna terhadapku
Mungkin doamu padaku dalam diam punca ketenanganku


Tiada wang ringgit, perak dan emas sebagai ganti ikatan ini

Namun mungkin kasihku tak setanding walau secubit nilaian itu
Maafkan aku bukan mahirku menzahirkan rasa cinta
Kerana aku tak punya apa selain kiriman doa


Ku harap nanti di alam akhir

Tiada hutang maafku berbaki
Dan takkan terpisah kita ke syurga bersama


Hingga infiniti kelanaku bersamamu

Kerana tautan ini tak kenali penghujung


Hingga infiniti tak mampu dihitung lagi

Kembara kasih ini selamanya tak terhenti
Jalinan ini kan jadi bukti
Berpisah bukannya pilihan


Hingga infiniti kelanaku bersamamu

Kerana tautan ini tak kenali penghujung
Pintaku hanya sambut tanganku
Andai tak temu ku di syurga
Wallahi ku sayang padamu

Tontonilah Video Lirik Lagu INFINITI

Lagu INFINITI (2021)
Penyanyi The Truth
Lirik & Muzik Akhmal Mustafa
Penerbit Akmal Mustafa & Adnin Roslan
Label Muzik Tarbiah Sentap