Lirik Lagu Kejam – Siti Nordiana
Dengarlah LIRIK LAGU KEJAM daripada filem seram Malaysia, Pusaka (2019) yang dijangka ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober 2019. Filem ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein sebagai pelakon utama. Lagu ini telah dinyanyikan oleh Siti Nordiana. Muzik telah dikomposi oleh Datuk Wah Idris. Manakala, Lirik Lagu Kejam telah ditulis oleh Joe Zainol dan Datuk Wah. Rocketfuel Network telah mengedari lagu di bawah muzik label mereka. Jom sama-sama merasakan debaran seram dengan “Lirik Lagu Kejam”.
Lirik Lagu KEJAM – Siti Nordiana (2019)
Tak ku sangka
Kau musnahkan hidupku ini begitu sahaja
Hanya kerana
Kau dibutakan dengan kemewahan di dunia fana
Oh kejamnya
Kerakusanmu itu mengatasi segala
Bergelumang dengan dosa
Tak kau hiraukan pembalasan pedih maha Esa
Dendam yang tersemat di jiwa
Takkan hilang selagiku bernyawa
Sanggup kau lukai diriku
Tanpa rasa bersalah disudut hatimu
Kini janganlah kau merayu
Terimalah balasan perbuatanmu dulu
Inilah padahnya
Tamak halobamu hanya memakan dirimu saja
Dendam di hatimu
Hingga kau anggap aku ini racun dalam hidupmu
Sanggup kau lukai diriku
Tanpa rasa bersalah disudut hatimu
Kini janganlah kau merayu
Terimalah balasan perbuatanmu dulu
Akhirnya ku hanya mampu berserah
Kebenaran penyelamat semua
Judul Lagu
KEJAM (2019)
Penyanyi/Artis
Siti Nordiana
Lirik
Joe Zainol & Datuk Wah Idris
Muzik/Lagu
Datuk Wah Idris
Muzik Label
Rocketfuel Network