Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Mahzab Cinta – Artis Tarbiah Sentap Records

Lirik Lagu Mahzab Cinta – Artis Tarbiah Sentap Records

Lirik Lagu Mahzab Cinta - Artis Tarbiah Sentap RecordsLIRIK LAGU MAHZAB CINTA merupakan lagu pertama yang menghimpunkan semua artis Tarbiah Sentap Records iaitu Rabithah, Aniq Muhai, Syed, The Truth, Areef dan Norhafiz (Autotune Band) sempena Maulidur Rasul, bulan memperingati Baginda Rasulullah SAW. Ayuh kita merujuk Mahzab Cinta Lirik di bawah.

Lirik Lagu Mahzab Cinta – Artis Tarbiah Sentap Records

 

Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu


Alkisah di perkebunan merintih si unta

Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul keluhan unta didengar


Hebatnya manifestasi cinta alam

Tiada pohon batu dan pergunungan
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan


Dia hadir mengajarkan mazhab cinta

Hingga makhluk lain turut merasa
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya

Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya


Alkisah pohon tamar yang kekeringan

Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi


Walau cinta umat taruh di neraca

Pasti cintanya lebih dari segalanya
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah


Kadang wajahnya gelisah ribut melanda

Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa


Dia hadir mengajarkan mazhab cinta

Hingga makhluk lain turut merasa


(Hanya kerana)

(Cinta oh)
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya


Kadang wajahnya gelisah ribut melanda

Bimbang umat dihentam azab seksa
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa


Walau tika hujung nyawanya

Resah memikirkan umatnya
Kerana sebegitu hebat cintanya
Layakkah ku jadi umatnya?
Layakkah aku kan bersamanya?


Baca juga koleksi
Lirik Lagu Melayu yang lain.

 

Tontonilah Muzik Video Mahzab Cinta

Judul Lagu Mahzab Cinta (2020)
Artis/Penyanyi Artis Tarbiah Sentap Records
Karyaan Lirik Akmal Mustafa
Pengarah Muzik Akmal Mustafa
Audio Label
Tarbia Sentap