Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Makuta – Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama

Lirik Lagu Makuta – Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama

Jom kita layari LIRIK LAGU MAKUTA (2022) daripada artis-artis padu kita, Kmy Kmo, Luca Sickta dan Hazama yang diedari oleh Universal Music Malaysia. Lirik serta muziknya telah disediakan oleh Kmy Kmo bersama Luca Sickta dengan mantap.

Lirik Lagu Makuta - Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama

Lirik Lagu Makuta (MV 2022) – Kmy Kmo, Luca Sickta & Hazama

 

Dibentangkan papan catur landasannya drama
Bidaknya disusun yang utama


Selendang dunia hanya maya

Melindungi berjuta warganya
Berilusi jamahan matanya

Perhalusi jambatan matanya


Sihir dibibir hadir bersifir

Si modenisasi singkirkan zikir dan witir
Berdikir sindir komunikasi


Sitkom konflik pandemik panik pelan “Covid”

Komitmen konkrit
Eksperimen elemen komplit
Kompeten pada teknik
Semua skrip-skrip dalam zon-zon
Macam magis bola dan kon-kon


Tektik Gary dan teknik semua di praktik sama sedondon

Tragiknya makin panik lebih dramatik kita menonton
Jadikan nasi kandungan plastik

Kumpulan klasik penuh bertong-tong


Selendang dunia hanya maya

Melindungi berjuta warganya
Berilusi jamahan matanya

Perhalusi jambatan matanya


Bergelora jalanan hidup

Dipenjara jalanan hidup
Digembala aturan ini
Tanpa ruang suara ini


Seketika akur mengikut

Telunjuk yang tunjang pengikut
Haluannya dalam habuan
Tumpuan yang dalam tujuan


Aku

Engkau
Dia
Kita
Tahu
Hanya
Dasar
Mahu


Perhatikan peranan bayang

Perhatikan kerahan wayang
Perhatikan serahan layang
Perhatian gerakan datang


Kan muncul tiba

Disulam diam dalam senyum hiba
Berjuta risalah diatas riba
Yang sanjung mula dibalas kira bila


Suara lenyap maka jiwa mati

Yang palsu yang benar bersemadi
Da vinci hidup di amati
Namun tidak kan ia abadi maka terbuka
Segala kisah duka buat ramai terluka
Segala yang dilafaz hanya janji percuma
Maka berita buruk terhadap si buta hati


Dibentangkan papan catur landasannya drama

Bidaknya disusun yang utama


Selendang dunia hanya maya

Melindungi berjuta warganya
Berilusi jamahan matanya

Perhalusi jambatan matanya


Dapatkan Muzik Video Makuta

Judul LaguMakuta
ArtisKmy Kmo, Luca Sickta & Hazama
MuzikKmy Kmo & Luca Sickta
LirikKmy Kmo & Luca Sickta
Label MuzikUniversal Music Malaysia