Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Melangkah Bersama – B-Quexx

Lirik Lagu Melangkah Bersama – B-Quexx

Lirik Lagu Melangkah Bersama - B-QuexxJom sama-sama membaca Lirik Lagu Melangkah Bersama yang telah dirap oleh B-Quexx dengan genre HipHop di bawah rentak muzik Mingaling serta edaran hakcipta Universal Music Malaysia.

Lirik Lagu Melangkah Bersama – B-Quexx

 

Cita-cita mari gapai impian bersama
Satu jiwa tetap melangkah biar payah
Jatuh hidup takkan goyah kekal kan tabah
Langkah kanan sama-sama kita melangkah


Destinasi dengan harapan

Melangkah bersama disamping impian
Berlainan tenaga menjadi alasan
Perbezaan usaha jangan persoalkan


Dengan lirikal alunan nada

Tidak berjaya jika mulut tak pada-pada
Andai teruskan setiap langkah
Pasti duri dan onak tidak di endah


Apa gunanya bijak berpetah

Jika aksi tak impikasinya
Jadi tentukan dan pastikan
Mahu tarikan atau tolakan


Teruskan melangkah buang semua ego di dada

Teruskan melangkah benda baik kan makan masa
Berapa banyak masa yang kini ku luangkan
Berapa banyak masa yang kini telah terbuang


Dari dulu duduk diam tangan di atas meja

Pena melakar karya yang kini sedang bergema
Kalau dulu semua dengar sambil menutup mata
Tapi kini semua dengar sambil angguk kepala


Syukur Alhamdulillah berkat kerja usaha

Berpeluh setiap titisan itu cukup bermakna
Kalau dulu ku mengeluh itu tanda ku lemah
Kini hembusan nafas saksi B-Quexx makin berjaya


Cita-cita mari gapai impian bersama

Satu jiwa tetap melangkah biar payah
Jatuh hidup takkan goyah kekal kan tabah
Langkah kanan sama-sama kita melangkah


Langkah kanan ku

Ku harungi walau jalan berliku
Langkah kanan tu
Perlukan doa dan restu ibu


Cerita aku

Cukup aku dan dia yang tahu
Ceritera tu
Perlu rancangan sebelum rempuh


Sombong jangan sekali

Sokong biar bekali
Mereka tahu mengkeji
Tanpa mahu mengkaji


Selalu tunduk ke bumi

Even kau tengah tinggi
Nasihat yang diberi
Sematkan dalam hati


Dari zero to hero

Kita sama-sama go
Tak perlu nak jelojoh
Cuma try ikut flow


Tak nak movement tu rapuh

Biar moment tu kukuh
Tak nak benteng tu roboh
Jangan nak tunjuk angkuh


Dugaan mendatang tak dihirau

Movement kami ini jangan kacau
Buat sesuatu jangan melampau
Kau buat onar so better kau caw


Lari dari situasi sunyi

Cuba hindari kata berduri
Agar nanti di saban hari
Benda tu tak memakan diri


Kudrat yang aku ada usaha keratkan tenaga

Gerakan sang gerila cetuskan fenomena
Adab perlu dijaga kehormatan kita peraga
Daki naik anak tangga tajamkan pena dari lena


Kencang bergema penamat riwayat

Hikayat bermula tiada penamat
Tidak berpangkat hanya berbakat
Jangan disekat nanti mendapat


Elak masalah ku elak binasa

Bertikam lidah mengejar kuasa
Elak berbalah itu buang masa
Duri dilepas hati simpan rasa


Jejak langkah terukir impak tak dijangka hadir

Melangkah dengan doa darah pahlawan mengalir


Sejauh mana setinggi mana

Tetap berjalan tak kira jarak
Sinar cahaya berkelip di mata
Jalan yang terang menyusuri puncak


Cita-cita mari gapai impian bersama

Satu jiwa tetap melangkah biar payah
Jatuh hidup takkan goyah kekal kan tabah
Langkah kanan sama-sama kita melangkah


Langkah kanan ku

Ku harungi walau jalan berliku
Langkah kanan tu
Perlukan doa dan restu ibu


Cerita aku

Cukup aku dan dia yang tahu
Ceritera tu
Perlu rancangan sebelum rempuh


Layarilah
Lirik Lagu Melayu @ Universal Music Malaysia.


Stream Video Lirik Lagu Melangkah Bersama

Tajuk LaguMelangkah Bersama (2020)
ArtisB-Quexx
Karyaan LirikK-Yut, Fadzley, Ezann & Isk
Rentak MuzikMingaling
Audio Label
Universal Music Malaysia

You cannot copy content of this page