Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Neraca – Kmy Kmo, Luca Sickta Feat Dato’ Jamal Abdillah

Lirik Lagu Neraca – Kmy Kmo, Luca Sickta Feat Dato’ Jamal Abdillah

Stream “Lirik Lagu Neraca” nyanyian Kmy Kmo, Luca Sickta Feat Dato’ Jamal Abdillah yang ditayangi oleh hakcipta, Kmy Kmo VEVO. Single tersebut telah ditulis dan dikomposi oleh Kmy Kmo bersama Luca Sickta. Harap kalian dapat menghiburi diri anda.

Lirik Lagu Neraca - Kmy Kmo & Luca Sickta Feat Dato' Jamal Abillah

Lirik Lagu Neraca – Kmy Kmo, Luca Sickta “FEAT” Dato’ Jamal Abdillah

 

Aaaaaaaa….
Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua


Beralun dan bergemanya

Terbuka di singgah sana
Yang pejam akan tercelik
Kelam terpekik pelik tercekik
Bersantun nan sehaya
Terlukanya si cahaya
Sang rejam sakan menarik
Jeram tertarik mata pun sakit


Jangan lena bangun dari mimpi

Terapi minda jiwa hak hakiki
Berapa pena pegun dengan mimpi
Berapi indra tagih kata sakti


Kiri kanan mu tertulis sudah

Usah diramal yang bukan mudah
Gubah gaya mu jika ngerti hati
Dirinya rakan ku berhenti mati


Mula dari tangan

Terus naik ke siku (siku)
Basah tempat angan (angan)
Biar mengalir di situ (situ)
Sentuh pendengaran (dengaran)
Peka mendengar yang satu (bisu)
Lupa jangan pada dua langkah mu
Daya yang merempuh liku


Aaaaaaaa….

Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua


Sinar mentari yang menerangi

Bumi yang digelapkan sang purnama
Seruan itu kekal berbunyi
Kekal bergema seluruh cakrawala


Memanggil engkau

Memanggil aku
Memanggil kita dari rutin drama
Mencari arah suara itu
Tuk laksanakan rutin yang sebenarnya


Sucikan menyucikan mengikut tertib

Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua
Lepaskan semua


Dari saripati nutfah

Sampai nafkhur ruh kau teguh
Hingga selaput terbuka indah pancarindera pun menyentuh
Emosi sudah merasa yang manis tangis hati rapuh
Belum temu cara tangkis hingga faham pada nafsu angkuh


Jadi apa maksud hidup dibumi dahaga terkenal

Sedangkan acap kali tertinggal hingga diri tak mengenal
Aku bukan lagi aku lepas hanyut di lautan syahwat
Jika amal tercatat berat pasti yang kiri kering dakwat


Selepas

Jelas
Makin
Lemas
Tewas
Aku
Rimas
Lepas
Nikmat
Ini
Semuanya
Di akhiri
Bertemunya


Maka mata hati kau sedar udara makin tercemar ah

Menitis la hiba dijiwa dan mula rasa kecewa
Bangkit lah susun atur bermula dengan wajib lima
Impak nya pasti maksima hingga nurani terkesima


Sucikan menyucikan mengikut tertib

Korbankan mengorbankan tanpa terdetik
Fikiran yang fikirkan hidup sedetik
Jadi lepaskan semua
Lepaskan semua


Aaaaaaaa….

Lepaskan semua…
Aaaaaaa…
Jadi lepaskan semua


Selepas olah limbang amal tuk aku
Berjuta emas ku akan lenyap akibat neraca akhir


Saksikan Video Lagu Neraca

Artis/Penyanyi Neraca
Lagu
Kmy Kmo, Luca Sickta Feat Dato’ Jamal Abdillah
Karyaan Lirik Kmy Kmo & Luca Sickta
Ciptaan Muzik Kmy Kmo & Luca Sickta
Label Muzik Kmy Kmo VEVO