Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Raja Simurgh – Siqma Feat Kmy Kmo (2018)

Lirik Lagu Raja Simurgh – Siqma Feat Kmy Kmo (2018)

Lirik Lagu Raja Simurgh - Siqma Feat Kmy KmoLagu HipHop 2018, LIRIK LAGU RAJA SIMURGH oleh artis Malaysian, Siqma feat Kmy Kmo sebagai penyanyi dan juga penulis Lirik Lagu Raja Simurgh. Bersama Siqma, Luca Sickta telah bergabung untuk komposi muzik untuk lagu ini. Label Muzik, Universal Music Malaysia telah distribusikan lagu tersebut. Dengarlah sepenuhnya hasil rap “Lirik Lagu Raja Simurgh oleh Siqma & Kmy Kmo“.

Lirik Lagu Raja Simurgh – Siqma Feat Kmy Kmo (2018)

 

Musang bertongkat dari belukar
Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng


Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu


Dari mana bunyi itu
Firasat bukan aku

Jantung ku mula laju
Tubuh ku mula kaku


Jasad ku bergetar
Bernafas dalam lagu

Mereka kata ada rahsia dibalik pintu


Aku berseloka bersidang alas buku

Teman ku hanya pena catit catat dari guru
Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju
Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu


Alam semesta berpusing sempoyongan ku runsing

Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing
Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai
Ku abai si penilai anggap saja mereka murai


Benar kadang cukup buntu mana nak di tuju

Yang sini atau situ
Yang hantu atau aku
Yang mana satu
Masih lagi keliru
Hantu atau aku


Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng


Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

 

Terbuka pintu hati
Nak berjalan ke laman
Mencari nak dipasti yang disetiap halaman
Halakan penghayatan yang krap kali khayalkan
Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan


Perlu ditafsir mahir

Taksiran isi zahir
Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir
Kenali bayang diri berkepak atau berparuh
Mitosnya dari parsi jangan disaksi separuh


Separa paras prasaan prasangka

Sbelumnya sangkakala
Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka
Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu
Kerap kedengaran “Hu hu”
Bergema disetiap bucu


Dulu terburu-buru

Mengejar ilmu berbuku-buku,
Perlu berguru


Usah sendiri

Nak diselami
Menyelam rasa nikmati rohani
Jasmani yang harmoni
Kurniaan hakiki


Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng


Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu


Mereka sibuk cemuh

Ku sibuk cari Simurgh
Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh
Ku usung 4 watak dalam mencari ad-din
Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin


Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua

Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau
Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma
Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau


Siang makin hirang

Malam makin terang
Burung hantu datang yang melihat aku helang
Ku datang menggalang
Bukan datang tuk berperang
Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang


Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling
Rahsia dahan darilah akar
Macam Ali mahupun ginseng


Mulut kacip tersalah kata

Mahu timah atau trapu
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu


Musang bertongkat dari belukar

Raja burung bekal seruling
Sama asal lain namanya
Dalam hati tak siapa tahu

 

Judul Lagu Raja Simurgh (2018)
Penyanyi/Artis Siqma & Kmy Kmo
Lirik Siqma & Kmy Kmo
Muzik/Lagu Siqma & Luca Sickta
Label Muzik Universal Music Malaysia