Lirik Lagu Tak Dapat Raya – Floor 88 & Baby Shima
LIRIK LAGU TAK DAPAT RAYA dipersembahkan oleh artist Floor 88 dan Baby Shima selepas kejayaan “ROADBLOCK HATIKU” sempena menjelang Hari Raya Puasa. Lagu telah dikomposi oleh Zai Hamzah. Manakala, Lirik Lagu Tak Dapat Raya telah ditulis oleh Achoi Floor 88. Harry Khalifah merupakan penerbit lagu tersebut. Lagu telah diedari di bawah label MVM Music. Harap kalian enjoy “Lirik Lagu Tak Dapat Raya”.
Lirik Lagu Tak Dapat Raya – Floor 88 & Baby Shima
Mari semua kita
Raya rumah di sana
(Hi ya hi ya yeah)
Aku dengar dia orang kaya
Rumah besar kereta mewah
Tunggu dulu Akram bagi tahu
Rumah itu raya tahun dulu
Sirap dia tawar amat
Kuih makmur, semperit, tart
Tunggu duit tak dapat-dapat
Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hi ya hi ya yeah)
Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu bibirnya merah
Tunggu dulu Achoi bagi tahu
Rumah itu rumah Haji Abu
Kau tak ingat
Apa kau dah buat
Getah sekerap dia engkau rembat
Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja
Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
Jom raya rumah nenek aku
Ada rendang ketupat bahuluÂ
Mana tahu dapat di hulur
Sepuluh atau lima puluh
Tunggu dulu Ayie bagi tahu
Nenek sendiri engkau pun tak tahu
Dia tak ada di rumah
Macam mana engkau tahu
Oi sepupu… itu pun nenek aku
(Alamak,iye ke?)
Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana
Jom raya rumah awek ku
Dia pun tak ada hala tuju
Apa kata kita raya
Rumah awek dia
Kita cuci mata
Jemputlah naik sayang ku
Bawa sekali teman mu
(Hi ya hi ya yeah)
Juadah sudah sedia
Semua di atas meja
Tunggu dulu kami mahu tahu
Siapa yang masak banyak begitu
Kalau kamu tahu
Ku cabut di kepala ku
(HANTU)
Jadi kita nak beraya di mana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja
Hari raya…orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
(HANTU)