Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu TIKTOK – Ikhwan Fatanna

Lirik Lagu TIKTOK – Ikhwan Fatanna

Lirik Lagu TIKTOK - Ikhwan FatannaLIRIK LAGU TIKTOK adalah hasil keluaran terbaru daripada penyanyi yang terkenal, Ikhwan Fatanna telah ditayangkan pada 23 Ogos 2019 di laman Youtube. Muzik telah dikomposi oleh Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali. Manakala, Lirik Lagu TIKTOK juga  ditulis oleh mereka berdua. Omar K telah menerbit muzik video tersebut. Lagu diedari di bawah audio label Seventeen Eleven Music. Jom kita sama-sama layani “Lirik Lagu TIKTOK” di bawah.

Lirik Lagu TIKTOK – Ikhwan Fatanna (2019)


Apa nak jadi diri ini
Sepatutnya bertahajud
Aku pergi parti sampai pagi
Semua kerja tolak ke tepi


Seronok sampai lupa diri

Galaknya diriku nak mengejar dunia
Galaknya mataku asyik membuat dosa


Apa nak jadi diri ini

Semakin jauh ku dengan Tuhan
Cari kebaikan dalam diri
Mari bangun ubah diri sendiri


Tiktok tiktok jam berbunyi

Cepat taubat, dunia dah tenat
Tiktok tiktok masa pergi
Harus ingat, sebelum terlambat
Pintu maaf masih luas terbuka
Tiktok tiktok renungkanlah hidup kita
Takkanlah selamanya di sini


Apa nak jadi diri ini

Berat sangat nak bangun pagi
Asyik melepak tiap hari
Fikiranku bagai terhenti
Hingga solat pun tak peduli


Mengapa hatiku memilih jalan ini

Mengapa diriku hanya diamkan diri


Apa nak jadi diri ini

Jiwa dah penat hingga terjerat
Cari kebaikan dalam diri
Mari bangun ubah diri sendiri


Tiktok tiktok jam berbunyi

Cepat taubat, dunia dah tenat
Tiktok tiktok masa pergi
Harus ingat, sebelum terlambat
Pintu maaf masih luas terbuka
Tiktok tiktok renungkanlah hidup kita
Takkanlah selamanya di sini


Inilah dia petanda

Untuk kembali padanya
Menyesali semua perbuatanku


Tak akan aku siakan

Peluang kedua tuk ku bangkit
Sedar dari lena


Harus ingat, sebelum terlambat

Pintu maaf masih luas terbuka
Tiktok tiktok renungkanlah hidup kita
Takkanlah selamanya di sini


Harus ingat, sebelum terlambat

Pintu maaf masih luas terbuka
Renungkanlah…

Judul Lagu TIKTOK (2019)
Penyanyi/Artis Ikhwan Fatanna
Lirik Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Muzik/Lagu Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Label Muzik Seventeen Eleven Music