Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Tolonglah – CIK B

Lirik Lagu Tolonglah – CIK B

Lirik Lagu Tolonglah - CIK BSambutlah single sulung, Lirik Lagu Tolonglah (2020) daripada Cik B. Lagu ini merupakan hasil ciptaan dan karyaan selengkapnya oleh Cik B dan Dato Seri Vida dengan edaran hakcipta, Seventeen Eleven Music.

Lirik Lagu Tolonglah – CIK B (2020)

 

Tolonglah aku
Aku tak mahu

Tolongkah aku bangkit dari mimpi ini


Tolonglah aku
Bangkit dari rindu

Tolonglah aku apa yang ku harus sedari


Apa lagi muslihat mu

Sudah cukup kau duga ku bertubi-tubi
Aku tak makan dengan egomu
Cara aku duduk diam perhatikanmu permainanmu


Sudah cukup salah pilih duniaku gelap

Gerak hati beremosi tawaku gagap
Takut apa yang berlaku dan harusku menghadap


Banyak soalan bermain di kepala tanpa ada jawapan
Hatiku susah terlalu banyak masalah yang ku simpan

Apa yang engkau tahu hidup kau dan aku berlainan
Maafkanlah aku jika diri ini menyusahkan


Masalah yang ku tempuh masa yang dah berlalu

Ilusi tak berhala tuju realiti yang celaru
Harapan punah diri tak cekal, aku sentiasa jatuh
Yang ku paparkannya senyuman, yang berputus arus


Sedalam lautan abus

Seluas gurun sahara
Ku curiga apa ku tahu
Dan apa sangat yang ku ada


Yang salah saling membuta

Kuasa manusia bersifat biasa
Adakah aku yang sama seperti
Apa yang selalu dibuah kata


Tolonglah aku

Tolonglah aku


Tolonglah aku
Aku tak mahu

Tolongkah aku bangkit dari mimpi ini


Tolonglah aku
Bangkit dari rindu

Tolonglah aku apa yang ku harus sedari


Simpan supaya tiada siapa yang tahu

Aku senang dalam susah
Kau tak perlu tahu


Hidup pelbagai liku

Mahu atau tak mahu
Jalan ku terbatas dengan perasaan malu


Kalau boleh ku mahu diriku bebas

Dari apa yang lepas
Yang selalu di tindas


Impian ku di cantas pantas

Ku terlepas dari segala peluang
Hanya sebab ku kebas


Tolonglah aku

Tolonglah aku
Tolonglah aku


Ku selalu tertanya

Kenapa aku begini
Ku hanya mampu berdiri
Termenung senyum bergigi


Diriku bergusti dengan bayangku sendiri

Takut apa yang kan jadi
Tolonglah


Tolonglah aku

Aku tak mahu
Tolonglah aku bangkit dari mimpi ini


Tolonglah aku

Bangkit dari rindu
Tolonglah aku apa yang ku harus sedari


Stream Muzik Video Tolonglah

Judul Lagu Tolonglah (2020)
Penyanyi Cik B
Karyaan Lirik Cik B & Dato Seri Vida
Rentak Muzik Cik B & Dato Seri Vida
Audio Label Seventeen Eleven Music