Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Tuhan Tolonglah Aku – The Truth Feat Aniq Muhaimin

Lirik Lagu Tuhan Tolonglah Aku – The Truth Feat Aniq Muhaimin

Lirik Lagu Tuhan Tolonglah Aku - The Truth Feat Aniq MuhaiminLIRIK LAGU TUHAN TOLONGLAH AKU merupakan single kedua The Truth Feat Aniq Muhaimin yang mengisahkan tentang luahan hati seseorang yang sedang berjuang untuk berubah & bertaubat. Muzik dan lirik telah dicipta oleh Adinin Roslan & Akmal Mustafa. Selamat membaca semua!!!

Lirik Lagu Tuhan Tolonglah Aku – The Truth Feat Aniq Muhaimin

 

Dalam hidup ini tiada suatu yang sempurna
Pasti ada masanya aku terjatuh berkali terjatuh
Ketika itu hanya Kau tahu
Apa yang terbuku di hatiku
Jauh di sudut hatiku aku malu untuk menghadap-Mu


Tiada sehelai daun pun yang gugur

Di muka bumi tanpa ketahuan-Mu
Engkau tahu apa yang aku laku
Tika ku keseorangan


Tuhan tolonglah aku
Tutuplah salahku

Jangan kau buka aibku


Tuhan tolonglah diriku

Maafkan aku
Ampuni salahku


Sekiranya dosa yang ku laku punya aromanya

Nescaya akulah manusia yang paling dijauhi semua
Namun semata kerna rahmat-Mu
Masih ada yang menyayangiku
Andai mereka tahu aibku ini pasti ku disisih


Yang ku takuti walau amalku beribu

Pada-Mu bagai berterbangannya debu
Kerana tanpa malu ku durhakai-Mu
Tika ku keseorangan


Tuhan tolonglah aku

Tutuplah salahku
Jangan kau buka aibku


Tuhan tolonglah diriku

Maafkan aku
Ampuni salahku


Tuhan jangan tinggalkanku

Ku perlukan-Mu
Dalam jalan hijrahku


Tuhan tolonglah aku

tutuplah salahku
jangan kau buka aibku


Tuhan tolonglah diriku

Maafkan aku
Ampuni salahku


Tuhan sungguh ku merayu

Belas dariMu
Dalam jalan hijrahku


Baca juga koleksi
Lirik Lagu Melayu @ ExLyrics.Com


Layarilah Muzik Video Tuhan Tolonglah Aku

Tajuk Lagu
Tuhan Tolonglah Aku (2020)
Penyanyi The Truth Feat Aniq Muhaimin
Karyaan Lirik Adnin Roslan & Akmal Mustafa
Rentak Muzik Adnin Roslan & Akmal Mustafa
Label Muzik
Tarbiah Sentap