Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Zuhud – Kmy Kmo, Luca Sickta Ft M. Nasir

Lirik Lagu Zuhud – Kmy Kmo, Luca Sickta Ft M. Nasir

Lirik Lagu Zuhud - Kmy Kmo, Luca Sickta Feat M. NasirLIRIK LAGU ZUHUD (2019)adalah sebuah lagu seni rap Melayu yang dinyanyikan oleh Kmy Kmo, Luca Sickta dan diiringi oleh M. Nasir. Muzik telah dikomposi oleh mereka bertiga. Manakala, Kmy Kmo dan Luca Sickta telah menulis  Lirik Lagu Zuhud. Universal Music Malaysia music label telah mengedari lagu tersebut. Rasailah selengkapnya “Lirik Lagu Zuhud” seperti berikut.

Lirik Lagu Zuhud – Kmy Kmo, Luca Sickta Feat M. Nasir (2019)

 

Saat serunai menjerit suatu hari nanti
Segala yang di langit
Dan segala yang di bumi
Yang hidup yang mati
Yang menyamun yang bijak
Semuanya akan dibangunkan
Di padang untuk berarak


Baik dan cekal bagus

Ikut penunjuk arah
Kolang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah


Bengkak bengkil dihati

Surut dimakan hari
Lumrah lalang buana rempuh
Tembok langkah kiri


Jadi baik cekal bagus

Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah


Jadi baik kekal ragus

Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi


Orang dagang dah berlabuh sauh

Sedia siaga di bumi Tuhan
Tenang ku terbang walaupun pun jauh
Bawa pikulan tugas suruhan


Nafsu digendang diriku jatuh

Mungkin kah kerna ku budak hutan
Emosi senang berang dan patuh
Telunjuk Lakhus pun diturutkan
Yang diturunkan engkau lupuskan
Sahabat kudus tak dikhususkan


Kau pupuskan kau putuskan

Yang ditumpukan bukan keperluan
Kekal tumpuan buang kemahuan
Tujuan hidup bagaikan ramuan
Dituang iman jadikan acuan
Dalam perjalanan bersama panduan


Hey bukan hanya cukup lima

Bukan sekadar cukup enam
Mahu rasakan delima di syurga
Iman jangan benam
Kerap lima enam kali
Sehari kita diganggu
Teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu


Jadi baik zuhud ke bawah tanam budi

Bunuh semua ego yang memagar hati budimu
Baik sujud walau harta ratus beribu
Berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu


Baik dan cekal bagus

Ikut penunjuk arah
Kolang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah


Bengkak bengkil dihati

Surut dimakan hari
Lumrah lalang buana rempuh
Tembok langkah kiri


Jadi baik cekal bagus

Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah


Jadi baik kekal ragus

Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi


Andam karam waktu dalam salam

Awan gelap karung kunci dada
Ragam malam kenal suara tidak
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua


Rata-rata jadi patah siku

Kerna risau hunus pisau bocor saku
Mata-mata jadi lali bisu
Tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku


Kemudi hasrat biar sampai dapat

Berbudi niat gapai yang tersirat
Yang bersekutu mula menggerutu
Bila timbang mutu masih rujuk buku


Jadi baik…cekal bagus

Dari riak…bebal terus
Jadi bijak kerna ilmu
Dari menyalak nafsu cemburu
Jadi baik


Larikan nyawa dari

Lancar mulut celupar
Lara wirang sendiri
Lepas mulut celupar


Ringan menanam budi

Hasilnya usah takut
Dari Maha Pemberi
Pasti nasi di lutut


Jadi baik cekal bagus

Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah


Jadi baik kekal ragus

Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi


Jadi baik cekal bagus

Terus jadi baik kekal rakus
Terus jadi baik
Zuhud ke bawah tanam ubi


Jadi baik berbudi

Kan untung bukan rugi
Jadi!!!

 

Judul LaguZuhud (2019)
Penyanyi/ArtisKmy Kmo, Luca Sickta Feat M. Nasir
LirikKmy Kmo & Luca Sickta
Muzik/LaguKmy Kmo, Luca Sickta & M. Nasir
Label MuzikUniversal Music Malaysia