Lirik Lagu Zuhud – Kmy Kmo, Luca Sickta Ft M. Nasir
LIRIK LAGU ZUHUD (2019)adalah sebuah lagu seni rap Melayu yang dinyanyikan oleh Kmy Kmo, Luca Sickta dan diiringi oleh M. Nasir. Muzik telah dikomposi oleh mereka bertiga. Manakala, Kmy Kmo dan Luca Sickta telah menulisĀ Lirik Lagu Zuhud. Universal Music Malaysia music label telah mengedari lagu tersebut. Rasailah selengkapnya “Lirik Lagu Zuhud” seperti berikut.
Lirik Lagu Zuhud – Kmy Kmo, Luca Sickta Feat M. Nasir (2019)
Saat serunai menjerit suatu hari nanti
Segala yang di langit
Dan segala yang di bumi
Yang hidup yang mati
Yang menyamun yang bijak
Semuanya akan dibangunkan
Di padang untuk berarak
Baik dan cekal bagus
Ikut penunjuk arah
Kolang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah
Bengkak bengkil dihati
Surut dimakan hari
Lumrah lalang buana rempuh
Tembok langkah kiri
Jadi baik cekal bagus
Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah
Jadi baik kekal ragus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi
Orang dagang dah berlabuh sauh
Sedia siaga di bumi Tuhan
Tenang ku terbang walaupun pun jauh
Bawa pikulan tugas suruhan
Nafsu digendang diriku jatuh
Mungkin kah kerna ku budak hutan
Emosi senang berang dan patuh
Telunjuk Lakhus pun diturutkan
Yang diturunkan engkau lupuskan
Sahabat kudus tak dikhususkan
Kau pupuskan kau putuskan
Yang ditumpukan bukan keperluan
Kekal tumpuan buang kemahuan
Tujuan hidup bagaikan ramuan
Dituang iman jadikan acuan
Dalam perjalanan bersama panduan
Hey bukan hanya cukup lima
Bukan sekadar cukup enam
Mahu rasakan delima di syurga
Iman jangan benam
Kerap lima enam kali
Sehari kita diganggu
Teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu
Jadi baik zuhud ke bawah tanam budi
Bunuh semua ego yang memagar hati budimu
Baik sujud walau harta ratus beribu
Berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu
Baik dan cekal bagus
Ikut penunjuk arah
Kolang kaling bertungkus
Lurus mengikut arah
Bengkak bengkil dihati
Surut dimakan hari
Lumrah lalang buana rempuh
Tembok langkah kiri
Jadi baik cekal bagus
Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah
Jadi baik kekal ragus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi
Andam karam waktu dalam salam
Awan gelap karung kunci dada
Ragam malam kenal suara tidak
Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua
Rata-rata jadi patah siku
Kerna risau hunus pisau bocor saku
Mata-mata jadi lali bisu
Tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku
Kemudi hasrat biar sampai dapat
Berbudi niat gapai yang tersirat
Yang bersekutu mula menggerutu
Bila timbang mutu masih rujuk buku
Jadi baik…cekal bagus
Dari riak…bebal terus
Jadi bijak kerna ilmu
Dari menyalak nafsu cemburu
Jadi baik
Larikan nyawa dari
Lancar mulut celupar
Lara wirang sendiri
Lepas mulut celupar
Ringan menanam budi
Hasilnya usah takut
Dari Maha Pemberi
Pasti nasi di lutut
Jadi baik cekal bagus
Terus zuhud ke bawah
Elak dibakar hangus
Atau dihumban ke kawah
Jadi baik kekal ragus
Terus menanam ubi
Ramai mengejar fulus
Lupa sebar saham budi
Jadi baik cekal bagus
Terus jadi baik kekal rakus
Terus jadi baik
Zuhud ke bawah tanam ubi
Jadi baik berbudi
Kan untung bukan rugi
Jadi!!!
Judul Lagu
Zuhud (2019)
Penyanyi/Artis
Kmy Kmo, Luca Sickta FeatĀ M. Nasir
Lirik
Kmy Kmo & Luca Sickta
Muzik/Lagu
Kmy Kmo, Luca Sickta &Ā M. Nasir
Label Muzik
Universal Music Malaysia