Home » Malay Song Lyrics » TERKEMUKA SONG LYRICS – Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne

TERKEMUKA SONG LYRICS – Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne

TERKEMUKA SONG LYRICS - Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne 1“Terkemuka” is a Malay song. This song freshly arrived in Youtube channel on 24 May 2018. Sung by Benzooloo, Zizi Kirana and Sandra Dianne Music composed by Malique. The lyrics penned by Benzooloo. Sony Music MY was the publisher of this song. Each individual managed to perform with their own style. As always their vocals and song lyrics created a pleasant of attraction. Full song lyrics are below. Enjoy the lyrics. Don’t miss it out!

 

 


Terkemuka Song Lyrics – Benzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne

 

(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

 

(Rap: Benzooloo)
Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang meyusul pula
Tapi nampak dari mata masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat  satu badan kejang
Yang penuh disitu bukti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh

 

(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

 

(Rap: Zizi Kirana)
Kalau bukan sekarang jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub atomik partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kodisi mengizinkan
Banduan dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada yang kurang bahaya tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti panling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beramda hanya perlu diam
Shuuu…
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Ternyata terbuka untuk jadi terkemuka 

 

(Sandra Dianne)
Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya

 

Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

 

(Rap: Benzooloo)
Sudah bilang bukannya susah bidang
Lima puluh lima puluh tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah bersedia tinggal kau jadi pencakar

 

(Sandra Dianne)
Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

 

Song TitleTekemuka
SingersBenzooloo, Zizi Kirana & Sandra Dianne
LyricsBenzooloo
Music Composed & Arranged byMalique
Music LabelSony Music MY