Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Lirik Lagu Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Lirik Lagu Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie ZakriRocketfuel Entertainment mempersembahkan single, LIRIK LAGU AYUH daripada filem OST Polis Evo 3 yang disuarai oleh Malique, Kmy Kmo, Aman RA serta Ernie Zakri . Muzik telah direntak oleh Malique bersama Tripdisz.

Lirik Lagu Ayuh (OST Polis Evo 3) – Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Bagi masa tujuh ribu malam aku meditasi
Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh langit juga bumi
Ramai borak-borak lampu, rohaninya trauma misi
Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi


Jejak, dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah

Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah
Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok
Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok, ya yah


Peluruku terbang, landai bukannya tinggi-tinggi

Lengang ku serang, tahu-tahu sakit gigi-gigi
Cuaca terang, pandainya bukan sipi-sipi
Gelarku belang, selera sekawan biri-biri


Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis

Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, steyr, nato, woah
Marco, polo, tango, go


Sila was-was nama yang diseru

Nanti das-das datang ubat rindu
Halilintar, malam biru
Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh ayuh
Kalau benar benar jaguh, ayuh
Tiada negosiasi
Masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh, ayuh


Komandan ketemukan komandan

Usik pucuk kanan, pucuk kiri berkumandang
Berdendang-dendang ninabobok rpg-7
Musuh dalam selimut boleh tidur


Rimau mati tinggalkan taring, tinggalkan taring

Gajah mati tinggalkan gading, tinggalkan gading
Akta 574 fasal 440
Dendam sokong membawa rebah terlopong


Hujan darah bila kepala anginku bersiru

Rasakan amarah bergelora dalam diriku
Perang bermalaikat, sabung berjuara
Di mudik sebulankan, di hilir semuara


Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis

Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis
Bruno, steyr, nato, woah
Marco, polo, tango, go


1 2 3 musuh berlari yang mana mahu diratah sibelang

Kemana sekali pun kan ku cari tak kira gelita atau benderang
Mana kepala pendekar, gempita biar aku dampar
Sila pilih antara dua, neraka ataupun sangkar


Ayuh ayuh

Kalau benar benar jaguh, ayuh
Tiada negosiasi, masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh, ayuh


Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa

Saktinya dan aksinya, rencananya bencana
Daktina ke paksina, negara dalam senggara
Maka pesta, kerja, raya, lena, senggama tergendala gara


Gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu

Katanya tagih darah sahih, justifikasi ragu
Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado
Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado, bravo


Dia kitol al-iskariot, dari hero ke sicario

Dari bari dia kembali cari ahli biro di kota dan barrio
Jari-jarinya menari-nari, cari, tabur, lari-lari mario
Dari api dia menjadi-jadi, satu di dahi dia kembali o


Balaclavaku hitam, badanku lapis kalis

Aneka logam hitam, siapa yang mampu kalis
Bruno, steyr, nato, woah
Marco, polo, rambo, go


Sila was was nama yang di seru

Nanti das das datang ubat rindu
Halilintar malam biru
Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh ayuh
Kalau benar benar jaguh, ayuh
Tiada negosiasi, masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh, ayuh! Evo

Saksikan Muzik Video Ayuh

Judul LaguAyuh (OST Polis Evo 3)
ArtisMalique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri
Karyaan LirikKmy Kmo, Aman RA & Malique
Rentak MuzikMalique & Tripdisz
Audio LabelRocketfuel Network