Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Nasib Si Penagih Dadah – Mucien

Lirik Lagu Nasib Si Penagih Dadah – Mucien

Lirik Lagu Nasib Si Penagih Dadah - MucienMVM Music mempersembahkan single hangat “LIRIK LAGU NASIB SI PENAGIH DADAH yang disuarai oleh Mucien di bawah ciptaan tersendiri.

Lirik Lagu Nasib Si Penagih Dadah – Mucien (MVM Music)

Satu hari ku langkahkah kaki
Menuju port ku sendiri
Datang polis dan juga CID
Aku ditangkap tangan digari


Aku dibawa ke dalam mahkamah

Badan lesu dan lemah
Tuan hakim dah naik menyampah
Ku buka rekod ku bersepah sepah


Beginilah nasib si penagih dadah

Tersisih dan terhina
Jika benar dikatakan salah
Aku dianggap perosak akhlak negara


Tiga tahun duduk di penjara

Tiga bangsa jadi saudara
Melayu cina dan juga india
Tiga tahun ku tanggung sendiri


Jam 7 pagi sarapan diberi

Kepala roti dan juga kopi
Rasa rasa nak tambah lagi
Apa daya action ku sendiri


Buka pintu tong jalan dulu

Ambil lesen ujian memandu
Master mandi kira satu satu
Kalau lebih kena cotah kayu


Jam 2 petang nasi diberi

Kuah kari ikan kering
Rasa rasa nak bagaikan nak lari
Apa daya tembok banyak tinggi
Apa daya tembok banyak tinggi
Apa daya tembok banyak tinggi

Tontonilah Muzik Video Nasib Si Penagih Dadah

LaguNasib Si Penagih Dadah
PenyanyiMucien
MuzikMucien
LirikMucien
Label MuzikMVM Music

You cannot copy content of this page