Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Along Thai

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah - Along ThaiJom kita layan sebuah lagu klasik, LIRIK LAGU SEKELIP MATA KAU BERUBAH melalui Along Thai yang telah melekat di hati, jiwa dan telinga kita dengan adunan muzik terbaru daripada Umarul dan lirik Juwie yang dipopularkan oleh Kumpulan Lestari.

Lirik Lagu Sekelip Mata Kau Berubah – Single Pertama “Along Thai”

 

Syahdunya ku rasa di saat ini…


Syahdunya ku rasa di saat ini

Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin ku luahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya


Sebenarnya engkau masih ku sayang

Biarpun tak dapat bersama
Kau masih ku rindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti curahan rasa ini


Jika engkau sedang hidup bahagia

Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan


Mengapakah aku masih menunggu

Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu


Dulu kau menumpang kasih

Lalu ku berimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Oh begitulah lumrahnya percintaan


Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu

Oh mudahnya kau berubah


Muzik Video Sekelip Mata Kau Berubah

Judul LaguSekelip Mata Kau Berubah
PenyanyiAlong Thai
Karyaan LirikJuwie
Rentak MuzikUmarul
Label MuzikPadu Records

You cannot copy content of this page