Lirik Lagu Seloka Hari Raya (2020)
Lirik Lagu Seloka Hari Raya adalah lagu istimewa sempena bulan Syawal yang dinyanyikan oleh Fattah Amin dan Fazura. Muzik telah dikomposi oleh Ahmad Khan. Chuari telah menulis “Lirik Lagu Seloka Hari Raya”. Lagu telah diedari di bawah muzik label, Universal Music Malaysia. Jom sama-sama kita meraikan perayaan meriah, Hari Raya Puasa dengan LIRIK LAGU SELOKA HARI RAYA.
Lirik Lagu Seloka Hari Raya – Fattah Amin & Fazura (2020)
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut Bersama
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Katamu itu abang mengerti
Ku sanjung budi puteri ibunda
Katamu itu abang mengerti
Ku sanjung budi puteri ibunda
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Judul Lagu
Seloka Hari Raya (2020)
Penyanyi/Artis
Fattah Amin & Fazura
Lirik
Chuari
Muzik/Lagu
Ahmad Khan
Label Muzik
Universal Music Malaysia