Home » Malay Song Lyrics » Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Lirik Lagu Suasana Hari Raya - Azzam Sham & Sheryl ShazwanieSempena menjelang Hari Raya, MVM Music telah merilis single terbaru berjudul “Lirik Lagu Suasana Hari Raya” nyanyian Azzam Sham bersama Sheryl Shazwanie dengan muzik Adnan Abu Hassan dan lirik Habsah Hasan.

Lirik Lagu Suasana Hari Raya (2022 – Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

 

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


Kuih dan muih beraneka macam

Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi


Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa

Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Kuih dan muih beraneka macam

Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi


Muzik Video Suasana Hari Raya

Judul LaguSuasana Hari Raya
Nama ArtisAzzam Sham & Sheryl Shazwanie
Karyaan LirikHabsah Hasan
Rentak MuzikAdnan Abu Hassan
Audio LabelMVM Music